KAPSUL BEG KUNING UBAH HIDUPKU
KAPSUL BEG KUNING UBAH HIDUPKU
Saya mula perjalanan sebagai TikTok Affiliate pada Oktober 2024. Masa tu hidup saya agak gelap — baru selesai rawatan di Rehab PERKESO selepas kemalangan. Saya hilang kerja, kesihatan tak stabil, dan kewangan memang sangat tertekan.
 
Saya selalu rasa “Kenapa hidup jadi macam ni?” Tapi satu hari, isteri cakap:
 
⁠“Cuba jadi TikTok Affiliate. Try dulu. Kita usaha sama-sama.”
 
Saya mula dengan modal kosong.
Sample barang pun tak ada — saya pinjam barang jiran untuk buat video.
Serius, masa buat content tu rasa malu, takut orang gelak.
 
Saya belajar sendiri dari perkongsian percuma di TikTok — antara yang banyak bantu masa tu adalah Pak Tam. Dari salah satu sesi live Pak Tam, saya kenal dengan Abg Apple Dot. Ayat dia masa tu melekat sampai sekarang:
 
“Kalau nak berjaya, BIG WHY mesti jelas. Jangan buat sebab orang lain, buat sebab diri sendiri.”
 
Bulan pertama sangat struggle.
Live hari-hari, buat VT